Pengenalan :
- Setiap ibadah kepada Allah wajib disertakan dengan niat.Tidak sah ibadah jika tiada niat.
Dari mandi wajibnya,ambil wuduk,nak solat mesti kena niat dahulu.
-Niat ini pekerjaan hati.
-Untuk lebih faham mengenai niat ini ada 7 perkara yang kena ambil berat:
1. Makna Niat,
2. Hukum Niat,
3. Tempat Niat,
4. Masa Niat,
5. Syarat Niat,
6. Cara Niat,
7. Maksud Niat Yang Diulang
Huraian :
1. Makna Niat
-sengaja dengan rela hati kita nak lakukan sesuatu dan kita terus buat.
-contoh kita nak Solat Subuh kita akan niatkan:
berdiri tegak - kemudian niatkan " Sahaja aku solat Fardhu Subuh kerana Allah"
-terus takbiratul ihram
2-4. Hukum,Tempat dan Masa Niat
-Hukum niat adalah wajib untuk setiap amal ibadah,tidak sah ibadah jika tidak berniat.
-Tempat niat pula adalah di dalam hati.
-Masa niat adalah di permulaan setiap ibadah.
5-6. Syarat Dan Cara Niat
-Syarat niat adalah Islam dan Mumaiyiz.
-Cara niat pula adalah berbeza mengikut jenis ibadah.
7. Maksud Niat
-Kita diwajibkan berniat bila hendak melakukan ibadah disebabkan untuk membezakan diantara
melakukan ibadat atau hendak melakukan adat.
Huraian Khusus Cara-Cara Niat Solat Fardhu :
1. Contoh niatkan hati Solat Fardhu Zohor
"Sahaja aku solat Fardhu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah"
- Disunatkan sebelum takbir melafazkan niat tersebut seperti
"اصلي فرض الظهر اربع ركعات اداء لله تعالى"
2. Contoh niatkan hati Solat Fardhu Asar
"Sahaja aku solat Fardhu Asar empat rakaat tunai kerana Allah"
- Disunatkan sebelum takbir melafazkan niat tersebut seperti
"اصلي فرض العصر اربع ركعات اداء لله تعالى"
3. Contoh niatkan hati Solat Fardhu Maghrib
"Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah"
- Disunatkan sebelum takbir melafazkan niat tersebut seperti
"اصلي فرض المغرب ثلاث ركعات اداء لله تعالى"
4. Contoh niatkan hati Solat Fardhu Isyak
"Sahaja aku solat Fardhu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah"
- Disunatkan sebelum takbir melafazkan niat tersebut seperti
"اصلي فرض العشاء اربع ركعات اداء لله تعالى"
5. Contoh niatkan hati Solat Fardhu Subuh
"Sahaja aku solat Fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah"
- Disunatkan sebelum takbir melafazkan niat tersebut seperti
"اصلي فرض الصبح ركعتين اداء لله تعالى"
Point Penting Yang Kena Perhati Dalam Setiap Niat-niat Solat:
1. Qosod (قصد) Niat untuk solat semata-mata.
"sahaja aku solat"
2. Ta'rod (تعرض) Niat Fardhu
3. Ta'yin (تعين) ertinya menentukan WAKTU..
contoh : waktu Subuh,waktu Zohor
4. Ta'yin Nafsah (تعين نفسه) maksudnya masukkan dalam niat samada Imam atau Makmum.
Dalam kes solat Qosor (dari empat rakaat menjadi dua), niat untuk buat Qosor Wajib dimasukkan dalam niat ketika melafazkan Takbiratul Ihram.Jika gagal masukkan Qosor dalam niat maka Wajib dia cukupkan solat itu sempurna.Hukumnya HARAM lagi TIDAK SAH jika dia gagal masukkan niat Qosor tetapi solatnya seperti Solat Qosor.

Comments
Post a Comment