Skip to main content

Posts

RUKUN SOLAT PERTAMA : NIAT

Pengenalan :       - Setiap ibadah kepada Allah wajib disertakan dengan niat.Tidak sah ibadah jika tiada niat.         Dari mandi wajibnya,ambil wuduk,nak solat mesti kena niat dahulu.        -Niat ini pekerjaan hati.       -Untuk lebih faham mengenai niat ini ada 7 perkara yang kena ambil berat:       1. Makna Niat,       2. Hukum Niat,       3. Tempat Niat,       4. Masa Niat,       5. Syarat Niat,       6. Cara Niat,       7. Maksud Niat Yang Diulang Huraian : 1. Makna Niat       - sengaja dengan rela hati kita nak lakukan sesuatu dan kita terus buat.       -contoh kita nak Solat Subuh kita akan niatkan:        berdiri tegak - kemudian niatkan " Sahaja aku solat Fardhu Subuh kerana Allah"        -terus takbiratul  ihram 2-4. Hukum,Tempat dan Masa Niat       - Hukum  niat adalah wajib untuk setiap amal ibadah,tidak sah ibadah jika tidak berniat.       - Tempat niat pula adalah di dalam hati.       - Masa niat adalah di pe
Recent posts

RUKUN SOLAT

PENGENALAN Rukun bermaksud bahagian dalam solat.Rukun mesti sempurna baru terdirinya solat. Solat ini adalah gabungan beberapa perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan disudahi dengan Salam dengan terikat kepada beberapa syarat. Ada 13 rukun solat yang wajib kita tahu.Biasanya 13 rukun ni dipecahkan kepada 3 jenis rukun untuk lebih mudah difahami. 1.Rukun Qolbi - melibatkan hati  2.Rukun Qouli - melibatkan lisan/ucapan 3.Rukun Fi'li    - melibatkan pergerakan/perbuatan  Berikut adalah senarai 13 rukun solat : 1. Berdiri Tegak 2. Niat 3. Takbiratul Ihram 4. Baca Surah Al-Fatihah 5. Rukuk Serta Tomakninah 6. Iktidal Serta Tomakninah 7. Sujud Dua Kali Serta Tomakninah 8. Duduk Diantara Dua Sujud Serta Tomakninah 9. Duduk Untuk Membaca Tahiyat Akhir 10. Bacaan Tahiyat Akhir 11. Bacaan Selawat Pada Tahiyat Akhir 12. Bagi Salam Yang Pertama 13. Tertib